Ahad, 17 Jun 2007

Latihan Praktik Sesi 2006/2007 Semester III



Latihan Praktik ini dijalankan selama 10 minggu atau nak ikut bulan dalam 2 bulan setengah je. Ini untuk kursus Sarjana Muda Sains (Sains Komputer) UTM sahaja. Ada kursus yang dijalankan selama 6 bulan.

Alhamdulillah, berkat izin Allah S.W.T dan doa keluarga dah hampir sebulan lebih latihan praktik di jalankan. Tinggal beberapa hari saja lagi dari hari ini nak tamatkan. Setakat ni, banyak kerja-kerja yang ditinggalkan oleh Pengaturcara lama yang perlu diselesaikan. Maka menjadi tanggungjawab untuk menyelesaikannya.

Selain itu, nak kongsi juga beberapa gambar atau situasi tempat praktikal ni. Oklah, keadaan amat selesa. Kalau tak percaya tengok kat bawah ni, ada bingkisan untuk kawan-kawan.



Ni lah tempat hari-hari kena menghadap komputer, hampir 8 ke 10 jam sehari. Kalau mengikut teori psikologi, duduk lama depan komputer boleh membawa maut. Tapi tak apa, sebab



bila-bila masa boleh ajak satu pejabat main Counter Strike, Worm, FIFA dan sebagainnya. Tak adalah, ni komputer untuk buat kerja juga. Komputer ini baru disetup menggunakan hanya satu CPU tetapi setakat ini hanya ada dua sahaja Graphic Card. Boleh layan perlahan-lahan dulu.

Okey, sekarang ni hanya ada 6 orang yang menjalankan Latihan Praktik di sini. Akan datang ini akan ada tambahan lagi. So bertambah meriah lah office ni.

Tiada ulasan: