Selasa, 22 Januari 2008

Percutian di Singapura



SINGAPURA - 20 Januari 2008, Seramai 80 orang pelajar UTM yang terdiri daripada pelbagai kursus telah menyertai lawatan ke Singapura. Lawatan ini meliputi kesemua tempat-tempat menarik di sekitar Singapura antaranya seperti Taman Merlion (Merlion Park), Esplanade, Masjid Sultan (Kampung Glam), Pulau Sentosa dan juga Vivo City.

Seronoknya Singapura.


Bingkisan kali ini.


Taman Merlion atau Merlion Park merupakan destinasi pertama setibanya di Singapura.


Anda dinasihatkan untuk tidak berada di dataran ini terlalu lama kerana banyak lagi tempat atau taman disekitar Merlion Park ini yang patut di lawati. Tak percaya, datang lah.


Bergambar di hadapan The Fullerton Hotel


Penerangan di Masjid Sultan, Kg. Glam.


Bugis Street ini mengikut kepada 3 orang di atas ni mirip kepada Petaling Street lah kalau di Malaysia. "Tak sempat pergilah".


Bergambar di Fossils Rock Dragon


Bersama dengan Apis Kajang di Tail of The Earth Dragon yang boleh dijumpai di Nature Walk and Dragons Tail


Bermain Luge. Permainan ini dinamakan Luge di mana dengan menggunakan alat yang di atas ini untuk turun sampai ke Siloso Beach.


Setelah turun menggunakan Luge, maka nak naik semula kenalah naik Skyride ni. Pakej untuk 1 Luge dan juga Skyride ni hanya $9.00 @ RM20.70


Aspek keselamatan amat dititik beratkan. Ni merupakan barisan wakil dari Malaysia untuk Kejuaraan Terbuka Luge Singapore 2008.


Pemandangan Vivo City tadi atas menggunakan Cable Car.


Tadi masa mula-mula datang ada Star Cruises. Ntah mana hilang da.


Cable Car ($11.90 @ RM27.37)


Banyak lagi tempat yang dibangunkan di sekitar Pulau Sentosa ini.


Tempat berkumpul untuk bertolak ke Malaysia Vivo City. Macam-macam ada di Vivo City ini. Antara yang popular ialah Pasaraya Giant. huuuuhuuu (kat Malaysia pun ada).

Tiada ulasan: