Jumaat, 7 Disember 2007

Wang Klian @ Satun - Sempadan Malaysia Thailand



WANG KLIAN 2 Dec. - Siri lawatan ke Wang Klian ini merupakan lawatan yang tidak dirancang. Sebaik tiba di Kangar, saya dibawa oleh Norhazlan untuk berjalan-jalan disekitar Perlis. Keletihan perjalanan sejauh lebih kurang 800KM yang mengambil masa selama 12 jam perjalanan menaiki bas terubat apabila dapat berjalan-jalan di Wang Klian.

Wang Klian atau dikenali oleh rakyat Thailand sebagai Satun merupakan destinasi pelancongan yang perlu dikunjungi apabila sampai di Perlis. Pelbagai barangan termasuk makanan ada disini. Antara barangan yang menjadi perhatian saya ialah teropong (dari RM 25), helikopter kawalan jauh (dari RM120), makanan ringan seperti kerepek (3 paket RM5 / 3 paket RM10).

Kawasan pelancongan di sini terpisah oleh dua buah negara. Atas persetujuan kedua-dua belah pihak (Malaysia-Thailand) kedua-dua rakyat boleh memasuki negara masing-masing tanpa menunjukkan dokumen seperti passport. Kelonggaran ini hanyalah setakat kawasan membeli belas di Wang Klian ini sahaja. Kalau betul-betul hendak masuk ke Thailand, barulah membuat prosedur yang lengkap.

Kebanyakan rakyat Malaysia suka membeli belah di Malaysia dan sebaliknya. Pengalaman yang saya dapati setibanya menjejakkan kaki ke Thailand ialah mengenai HON (hon- yang bunyi, tin tin). Rakyat Thailand amat mengambil berat terhadap keselamatan di jalan raya. Hampir sejauh 200 m, jika ada apa-apa objek yang menghalang perjalanan, si pemandu akan membunyikan hon sebagai tanda amaran. Ini kerana, jika kemalangan antara motosikal dan kereta, walaupun motosikal yang bersalah, ini tak ada maknanya, kerana kereta juga akan dipersalahkan. Ini sama juga kepada pejalan kaki dan motosikal.

Banyak juga saya beli barangan, tapi makanan je lah. Buat makan-makan dalam perjalanan balik nanti. Ok lah, di bawah ini terdapat beberapa gambar yang sempat di ambil.

Dah. Wassalam.


Bingkisan Kali Ini.


Ni gerai yang ada di sempadan Malaysia lagi. Tempat letak kereta ada kat belakang gerai ni. Murah je, sekali parking untuk kereta RM2 @ 20 bath


Kelihatan rakyat Thailand yang pakai Jersi No 10 sedang melihat pakaian yang di jual di Malaysia


Nilah gambaran di sempadan Malaysia. Luas dan panjang. Kalau jalan depan lagi, akan ada kastam.


Ha.. ini ialah di tengah-tengah antara kedua-dua buah negara. Ni adalah pos kawalan kastan Thailand. Kalau berjalan kaki, masuk ikut sebelah kiri sekali tu.


Nampak menggiurkan. Maklumlah, baru sampai-sampai je Perlis dan pi jalan-jalan. Nasib baik kat umah Alan dah telan burger. Tapi perjalanan yang jauh dari Kangar ke Wang Klian ni buat lapar balik. Nak tahu apa di atas ni.


Ini ialah makanan popular di Thailand iaitu Pulut Ayam. Harga murah je bergantung kepada saiz ayam. Kalau tak silap yang atas ni harga dalam RM2++. Tak tahu, sebab orang belanja. Hahaha.


Makan dulu eh. Rasanya seperti di Malaysia je. Cuma di Malaysia tak pernah lagi makan pulut dengan Ayam. Kalau pulut dengan Cendol, oklah juga. Tapi sos dia sedap. Ayam pun garing.


Ni dah nak balik ke Malaysia dah.


Ramai orang shopping periuk, pinggan dan macam-macam lagi.


Ni vespa harga mula-mula RM11, lepas diskaun guna student card, dapat lah RM10. Ingat 10 bath..... sekali 100 bath lah.


Ini hasil kraftangan daripada tempurung kelapa.


PS pun ada. Haa.. Ini tipu punya PS. Pakai tape lagi. Luaran je sama.


Ni kawasan bebas cukai. Rokok banyaklah. Ada juga coklat yang murah-murah. Pernah dengan 2 Fingger. 10 baru RM2.00. Sedap juga. Yang ketara murah ialah air RED BULL yang dalam botol kaca. Kalau di Stesen Minyak dijual dengan harga melebihi RM 2.00, tapi kalau beli kat sini hanya RM1.40. Murahkan.


Sebelum meninggalkan Thailand, bergambar di pintu masuk utama di Satun ini.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

J'ai eu des choix à partir des essais de vidéos et j'ai pensé que les blogs peuvent être amusantes. Pouvez-vous me donner un bon site Web gratuit et d'un peu d'aide sur la façon de commencer avec ce qu'il faut dire, et si je l'ai mis dans un jour ou de le faire tous les jours jusqu'à son échéance. Aidez s'il vous plaît et je vous promets de vous choisir comme meilleure réponse si ça aide!.

Tanpa Nama berkata...

Everything is very open with a precise description of the challenges.
It was definitely informative. Your website is useful.
Thank you for sharing!
Here is my blog :: Natural Anxiety Remedies Tips

Tanpa Nama berkata...

This article presents clear idea in favor of the new users of blogging,
that in fact how to do blogging.

Also visit my homepage: Designskala.com

Tanpa Nama berkata...

This piece of writing will assist the internet viewers for building up new weblog or even a weblog from start to
end.

Feel free to visit my webpage ... cloud server hosting reviews

Tanpa Nama berkata...

Thank you for sharing your thoughts. I really appreciate your efforts and I will be waiting for your further write
ups thanks once again.

Look at my web blog ... acoustic guitar chord