Khamis, 22 November 2007

Pulau Pangkor - DDZ39, UTM City Campus



Pada 17 hingga 19 febuari tahun 2006 lepas, kelas kami telah mengadakan percutian ke Pulau Pangkor bagi meraikan tahun akhir kami dalam pengajian Diploma Sains Komputer (mutimedia) di UTM City Campus Kuala Lumpur.

Inilah kali pertamaya saya menjejakkan kaki ke pulau pangkor ini. Ternyata keindahannya telah menarik minat saya untuk berkongsi pengalaman selama di sana. Alhamdulillah, kalau tak silap, saya hanya perlu membayar sebanyak RM120 untuk pakej percutian yang menarik ini. Banyak aktiviti yang dibuat termasuklah snorkeling, menaikkan pukat, banana boat (bayar sendiri), BBQ, makan pagi+tengahari+malam dan macam-macam lagi aktiviti pantai yang dilakukan.

Bagi saya pulau pangkor menjanjikan percutian yang menjadi kenangan dalam hidup anda kerana keindahan semulajadi pantainya dan air lautnya. Selain dari aktiviti di pulau pangkor, aktiviti di jeti pula amat menyeronokkan. Apa taknya, borong sakan dengan hasil ikan dan hasil laut yang lain. Yang penting saya sempat borong sate ikan untuk keluarga.

Pergilah Melancong, Semuanya Ada Di Sini.
JOM JALAN-JALAN

Bingkisan kali ini.


ni kat lumut lagi.... tunggu feri.. sempat lagi poss oleh adi bijak, che syukri, ap dan bos


kat lumut lagi.. bila nak gerak ni...


dah naik dah.... ni masa kat atas feri. belakang tu ialah markas tentera laut di lumut


ni kumpulan saya dalam aktiviti sukaneka pantai


candid.... gambar sakan


ni sapa lah punya angkara... jangan ikut tau. salah tu.


brother belakang tu memang cekap memandu bot. ni dalam perjalanan untuk ke tempat untuk aktiviti snorkeling.


ni kena tunggu abang bot tadi ambil kita orang. bot kecik je, tak muat. sekali pi dalam 5 orang je.


ni tengah makan-makan kat tepi pantai. seronok tengok keindahan alam ciptaan Allah.


aktiviti di pantai... penyu orang


ntah apa ntah.... blur je


ni BBQ pada sebelah malam.. huhu ingat tinggal makan je, rupenye kena join skali brother kipas ni. mak cik yang tengah tu ada ke patut berada kat situ.. kejam.

1 ulasan:

Unknown berkata...

jelesnya...

nak pegi jugak... huk huk huk...