Isnin, 19 November 2007

Akan Datang - Pulau Pangkor



Nantikan rumusan perjalanan dan percutian seksyen kami iaitu seksyen 39 - diploma sains komputer (multimedia), UTM City Campus di Pulau Pangkor yang telah diadakan pada 17 hingga 19 Februari 2006.

Ahad, 18 November 2007

Portrait Photography



Portrait photography is a popular commercial industry all over the world. Many people enjoy having professionally made family portraits to hang in their homes, or special portraits to commemorate certain events, such as graduations or weddings.


Contoh gambar portrait yang diambil tanpa pengetahuan empunya badan.




Nak tanya? Gambar ni ada nilai komersil tak. macam tada je

Sabtu, 17 November 2007

Akan Datang - Portrait Photography



Potret Terbilang. Nantikan kemunculannya.

Jumaat, 16 November 2007

Tangan dan Kamera



Kali ni saya nak kongsi pada ruangan khas photography ini. Tangan dan Kamera menjadi tajuk pada kali ini. Banyak koleksi saya yang menunjukkan penggunaan tangan ke atas kamera. Tangan ini kalau digunakan kejalan yang benar maka benarlah ia. Macam join fotografi ni, sekali petik je guna kamera boleh buat bisnes. So pandai-pandai gunakan tangan anda.

Dibawah ini saya letakkan beberapa koleksi saya sewaktu di UTMKL dulu.




























Amacam, banyak tangan tak? Tangan-tangan nilah satu masa nanti akan menjadi photograper terkenal Malaysia. AMIN.

Isnin, 12 November 2007

Malam Pra Graduan Jabatan IS dan PPI



Johor Bahru, 26 Oktober - Jabatan Pemodelan dan Pengkomputeran Industri sekali lagi mengadakan Malam Pra Graduan bagi meraikan bakal-bakal graduan daripada jabatan yang akan menamatkan pengajian pada akhir November ini. Program ini buat julung-julung kalinya diadakan dengan kerjasama dan gabungan Jabatan Sistem Maklumat.

Gabungan kedua-dua jabatan ini dapat menyatukan kesemua bakal graduan pada majlis yang sama. Majlis yang diadakan di M Suites Hotel, Johor Bahru ini telah disempurnakan oleh kedua-dua Ketua Jabatan iaitu Dr. Habibollah Haron (PPI) dan juga Dr. Azizah Abd Rahman (IS).

Majlis turut disertai oleh pensyarah, kakitangan dan juga pelajar kedua-dua jabatan. Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan seperti cabutan bertuah, pertandingan menganyam ketupat dan penyampaian hadiah kecemerlangan bagi kedua-dua jabatan.


Antara gambar sekitar program.


Sebahagian daripada pelajar-pelajar tahun akhir Jabatan PPI


Bakal graduan


Bergambar di Lobby Hotel



Pemenang pertandingan menganyam ketupat sate, bawang dan jantung.


Cabutan bertuah.


Makan bob, pulun habis-habisan.


Penari zapin yang terdiri daripada gabungan pelajar kedua-dua jabatan


Antara barisan tetamu kehormat


Tahniah kepada semua bakal graduan, semoga berjaya di masa akan datang.



Info Trafik

Khamis, 8 November 2007

Coming Soon - Malam Pra Graduan Jabatan PPI dan IS



Malam Pra Graduan 2007 Jabatan Pemodelan dan Pengkomputeran Industri (PPI) dan Jabatan Sistem Maklumat (IS) telah diadakan pada 26 Oktober 2007 bertempat di M Suites Hotel, Johor Bahru.

Glam Di Hari Raya Jabatan PPI



Pada 25hb Oktober 2007 telah diadakan program Glam di Hari Raya bersama PPI. Program yang diadakan bagi menghangatkan lagi sambutan Hari Raya diperingkat jabatan ini ternyata berjaya menarik perhatian pelajar khususnya pelajar tahun 1 (SCI) dan juga pelajar PSMI dengan jumlah kehadiran melebihi 100 orang.

Aktiviti seperti cabutan nombor bertuah, meneka kuih raya, menyanyi lagu raya, pertandingan gubahan menggunakan kain pelikat diadakan bagi mengisi aturcara program. Program yang telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan PPI, Dr. Habibollah Haron ini merupakan acara tahunan yang diadakan.

Pelbagai juadah hari raya seperti ketupat, rendang, kuah kacang dan kuih raya telah disediakan oleh pihak Naza Hotel dengan gayanya tersendiri. Ternyata kepuasan makan secara buffet dirasai oleh semua hadirin.


Gambar Sekitar Program
Jurufoto: Pro. Shamsul


Orang-orang kuat program. Kalau tiada mereka, maka tak makanlah pada malam tu. Tahniah.


Calon-calon yang berkebolehan.


Bergambar dulu


Fazlee dan kumpulannya memperkenalkan reka bentuk Tanjak yang dibuat daripada kain pelikat.


Penerangan diberikan oleh peserta pertandingan.


Karouke lagu raya oleh Dr. Habibollah dan Isteri serta En. Zahari dan Isteri serta anak-anaknya.


Apa tengok-tengok, makan-makan.


Low Mei Ling, Fazlee, Premma dan kawan-kawan.


Makan pun nak bergambar.


Acara terakhir pada malam itu.


Sekian, Salam Aidilfitri.