
Johor Bahru, 26 Oktober - Jabatan Pemodelan dan Pengkomputeran Industri sekali lagi mengadakan Malam Pra Graduan bagi meraikan bakal-bakal graduan daripada jabatan yang akan menamatkan pengajian pada akhir November ini. Program ini buat julung-julung kalinya diadakan dengan kerjasama dan gabungan Jabatan Sistem Maklumat.
Gabungan kedua-dua jabatan ini dapat menyatukan kesemua bakal graduan pada majlis yang sama. Majlis yang diadakan di M Suites Hotel, Johor Bahru ini telah disempurnakan oleh kedua-dua Ketua Jabatan iaitu Dr. Habibollah Haron (PPI) dan juga Dr. Azizah Abd Rahman (IS).
Majlis turut disertai oleh pensyarah, kakitangan dan juga pelajar kedua-dua jabatan. Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan seperti cabutan bertuah, pertandingan menganyam ketupat dan penyampaian hadiah kecemerlangan bagi kedua-dua jabatan.
Antara gambar sekitar program.

Sebahagian daripada pelajar-pelajar tahun akhir Jabatan PPI

Bakal graduan

Bergambar di Lobby Hotel

Pemenang pertandingan menganyam ketupat sate, bawang dan jantung.

Cabutan bertuah.

Makan bob, pulun habis-habisan.

Penari zapin yang terdiri daripada gabungan pelajar kedua-dua jabatan

Antara barisan tetamu kehormat
Tahniah kepada semua bakal graduan, semoga berjaya di masa akan datang.
Info Trafik

Tiada ulasan:
Catat Ulasan