Khamis, 8 November 2007

Glam Di Hari Raya Jabatan PPI



Pada 25hb Oktober 2007 telah diadakan program Glam di Hari Raya bersama PPI. Program yang diadakan bagi menghangatkan lagi sambutan Hari Raya diperingkat jabatan ini ternyata berjaya menarik perhatian pelajar khususnya pelajar tahun 1 (SCI) dan juga pelajar PSMI dengan jumlah kehadiran melebihi 100 orang.

Aktiviti seperti cabutan nombor bertuah, meneka kuih raya, menyanyi lagu raya, pertandingan gubahan menggunakan kain pelikat diadakan bagi mengisi aturcara program. Program yang telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan PPI, Dr. Habibollah Haron ini merupakan acara tahunan yang diadakan.

Pelbagai juadah hari raya seperti ketupat, rendang, kuah kacang dan kuih raya telah disediakan oleh pihak Naza Hotel dengan gayanya tersendiri. Ternyata kepuasan makan secara buffet dirasai oleh semua hadirin.


Gambar Sekitar Program
Jurufoto: Pro. Shamsul


Orang-orang kuat program. Kalau tiada mereka, maka tak makanlah pada malam tu. Tahniah.


Calon-calon yang berkebolehan.


Bergambar dulu


Fazlee dan kumpulannya memperkenalkan reka bentuk Tanjak yang dibuat daripada kain pelikat.


Penerangan diberikan oleh peserta pertandingan.


Karouke lagu raya oleh Dr. Habibollah dan Isteri serta En. Zahari dan Isteri serta anak-anaknya.


Apa tengok-tengok, makan-makan.


Low Mei Ling, Fazlee, Premma dan kawan-kawan.


Makan pun nak bergambar.


Acara terakhir pada malam itu.


Sekian, Salam Aidilfitri.

Tiada ulasan: