Khamis, 8 November 2007

Coming Soon - Malam Pra Graduan Jabatan PPI dan IS



Malam Pra Graduan 2007 Jabatan Pemodelan dan Pengkomputeran Industri (PPI) dan Jabatan Sistem Maklumat (IS) telah diadakan pada 26 Oktober 2007 bertempat di M Suites Hotel, Johor Bahru.

Glam Di Hari Raya Jabatan PPI



Pada 25hb Oktober 2007 telah diadakan program Glam di Hari Raya bersama PPI. Program yang diadakan bagi menghangatkan lagi sambutan Hari Raya diperingkat jabatan ini ternyata berjaya menarik perhatian pelajar khususnya pelajar tahun 1 (SCI) dan juga pelajar PSMI dengan jumlah kehadiran melebihi 100 orang.

Aktiviti seperti cabutan nombor bertuah, meneka kuih raya, menyanyi lagu raya, pertandingan gubahan menggunakan kain pelikat diadakan bagi mengisi aturcara program. Program yang telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan PPI, Dr. Habibollah Haron ini merupakan acara tahunan yang diadakan.

Pelbagai juadah hari raya seperti ketupat, rendang, kuah kacang dan kuih raya telah disediakan oleh pihak Naza Hotel dengan gayanya tersendiri. Ternyata kepuasan makan secara buffet dirasai oleh semua hadirin.


Gambar Sekitar Program
Jurufoto: Pro. Shamsul


Orang-orang kuat program. Kalau tiada mereka, maka tak makanlah pada malam tu. Tahniah.


Calon-calon yang berkebolehan.


Bergambar dulu


Fazlee dan kumpulannya memperkenalkan reka bentuk Tanjak yang dibuat daripada kain pelikat.


Penerangan diberikan oleh peserta pertandingan.


Karouke lagu raya oleh Dr. Habibollah dan Isteri serta En. Zahari dan Isteri serta anak-anaknya.


Apa tengok-tengok, makan-makan.


Low Mei Ling, Fazlee, Premma dan kawan-kawan.


Makan pun nak bergambar.


Acara terakhir pada malam itu.


Sekian, Salam Aidilfitri.

Selasa, 6 November 2007

Coming Soon - Glam Di Hari Raya



Program Glam Di Hari Raya Bersama PPI (Jabatan Pemodelan Dan Pengkomputeran Industri) telah diadakan pada 25 Oktober 2007 (Khamis) bertempat di Naza Hotel, Johor Bahru, Johor.

Isnin, 5 November 2007

PHOTOGRAPHY - WHAT



What? Apa? Banyak persoalan ketika membicarakan mengenai apa? Apa yang penting, apa yang perlu, apa perlu buat, apa tindakan, apa sebab, apa macam bro, apa-apa aje... dan lain-lain lagi.

Tapi persoalan mengenai apa yang yang dikongsi adalah lebih kepada apa faedah yang diperolehi daripada kegiatan fotografi. Banyak yang boleh diperolehi daripada kegiatan fotografi ini. Antaranya seperti berikut

  • kemahiran tambahan
  • ruang perniagaan (group foto, majlis kahwin dan tunang dan macam-macam lagi)
  • berfikiran kreatif
  • berkenalan dengan ramai orang (meningkatkan interpersonal skill)
  • mempelajari seni fotografi
  • boleh berkecimpung dengan dunia media, percetakan, pengiklanan dan banyak lagi bidang yang sangat luas
  • meningkatkan motivasi dan keupayaan diri
  • dan macam-macam lagi pengalaman yang boleh didapati
Hasil daripada apa yang kita perolehi ini menjadi satu pengalaman yang berharga yang akan menjadi batu loncatan untuk kita terus maju. Yang penting apa tujuan (niat) kita menceburi bidang fotografi.

Akhir sekali, marilah kita jayakan "Satu Keluarga, Satu Kamera".


Bingkisan pada kali ini


Ini merupakan mercu tanda yang ada di UTM City Campus yang terletak di Kuala Lumpur. Gambar ini diambil oleh saya menggunakan kamera Canon 300D. Gambar ini banyak digunakan dalam menghasilkan banner, buku program dan poster untuk program-program yang terdapat di UTM.


Gambar ini diambil menggukan Self Timer (Nikon F55 - Bro. Fairul punya - http://fairul.fotopages.com) di Perth, Australia.


Gambar ini diambil sewaktu sesi praktikal Kelas Bimbingan Kamera SLR 2005 di Taman Botani, Putrajaya. Model-model ini juga merupakan peserta kelas bimbingan.


Ini merupakan model yang tak dibayar atas sebab urusan kelab. Hahah.. marah Saudara Adi. Sebenarnya pengambaran ini dilakukan di Tugu Negara untuk tujuan mengkormesialkan produk minuman tongkat adi. Huhuuu

PHOTOGRAPHY - WHY



Why? Kenapa? Ha.. jawapannya adalah disebabkan minat yang mendalam dalam bidang fotografi. Sejak dari sekolah menengah (Sekolah Tinggi Kluang) lagi telah berjinak-jinak dengan fotografi. Masa itu berlangsung pertandingan mencipta laman web dan multimedia. Mahu tidak mahu projek yang dibangunkan itu bercirikan sekolah. Maka sesi mengambil gambar sekeliling sekolah telah dilakukan atas kerjasama yang diberikan oleh saudari farhana jamil yang memberi pinjam kamera SLR.

Bila tamat pengajian disekolah, maka masuk ke IPTA iaitu UTM City Campus di Kuala Lumpur. Pada semester pertama telah mendaftar subjek Ko-Q fotografi. Maka bermulalah era seni fotografi dibawah bimbingan En. Roslan Abd. Rashid.

Selain itu, ada satu kelab yang sangat aktif iaitu Kelab Fotografi. Ha.. pasal kelab ni nanti akan diceritakan semasa episod seterusnya. Kamera yang digunakan baik di kelas KO-Q dan Kelab Fotografi (KFUTM) ialah Nikon FM2, Nikon F90X dan Nikon FM10.

Kesimpulannya, kenapa Photografi ialah disebabkan minat. Oleh sebab minat, maka muncul idea untuk buat bisnes. Banyak bisnes yang berkaitan fotografi yang boleh dibuat. Apa pun, ketahui rahsianya pada episod seterusnya.

Bingkisan kali ini.



Gambar ini diambil oleh Saudara Mat Jat (asnizar) sewaktu pengambaran video klip arahan beliau di utan kandis, arau, perlis bagi tujuan pembangunan projek audio video. Dari kiri diah, faiza, azni, annis, anip, ap dan roy azlan.



Ermm... ni model yang tak disengajakan. Gambar diambil oleh saya sendiri semasa membuat sesi photography di tugu negara. Kebanyakan gambar yang diambil semasa sesi ini adalah sebahagian daripada ujikaji untuk mendapatkan kualiti gambar yang boleh dikomersialkan.



Ni program "jogging" oleh MT dan Exco KFUTM. Jaga badan, badan sihat otak cergas.



Program Photoday ini kali pertama diadakan untuk tujuan perkenalan antara ahli baru dengan KFUTM. Majlis sebelah pagi - petang adalah riadah dan malam jamuan makan.



Satu lagi aktiviti menyihatkan badan iaitu ekplorasi MT dan Exco ke Ulu Bendul.

Info KFUTMKL boleh didapati di
  • http://utm.hafizal.net/kfutmkl/v1
  • http://utm.hafizal.net/kfutmkl/v2
  • http://www.kfutmkl.cjb.net

PHOTOGRAPHY



Fotografi atau photography merupakan bidang yang amat mencabar dan memerlukan komitmen yang tinggi daripada penggemar dan pengamal fotografi. Kali ini saya akan menceritakan sejarah penglibatan saya dalam bidang fotografi berserta dengan beberapa gambar yang akan dipaparkan.

Ianya akan menjawab beberapa keadaan seperti Why, What, When, Where and How.

Sabtu, 3 November 2007

Cisco Networking Skills Competition 2007



Pertandingan ini telah diadakan sewantu cuti akhir semester (praktikal). walau bagaimanapun, demi UTM, ada yang sanggup mula sedikit awal latihan praktik. Pertandingan ini diadakan di UNIKL.

Keputusan pertandingan tidak memihak kepada Wakil UTM kerana hanya UM wakil dari IPTA yang masuk ke PART 2 (praktikal). yang lain MMU cyberjaya dan melaka.

tetapi UTM tetap cemerlang dalam pertandingan Treasure Hunt kerana mengondol 2 tempat teratas. Syabas Pelajar UTM.

Dibawah ini sedikit gambar mengenai pertandingan CISCO NETWORKING SKILL ini.