Isnin, 5 November 2007

PHOTOGRAPHY - WHY



Why? Kenapa? Ha.. jawapannya adalah disebabkan minat yang mendalam dalam bidang fotografi. Sejak dari sekolah menengah (Sekolah Tinggi Kluang) lagi telah berjinak-jinak dengan fotografi. Masa itu berlangsung pertandingan mencipta laman web dan multimedia. Mahu tidak mahu projek yang dibangunkan itu bercirikan sekolah. Maka sesi mengambil gambar sekeliling sekolah telah dilakukan atas kerjasama yang diberikan oleh saudari farhana jamil yang memberi pinjam kamera SLR.

Bila tamat pengajian disekolah, maka masuk ke IPTA iaitu UTM City Campus di Kuala Lumpur. Pada semester pertama telah mendaftar subjek Ko-Q fotografi. Maka bermulalah era seni fotografi dibawah bimbingan En. Roslan Abd. Rashid.

Selain itu, ada satu kelab yang sangat aktif iaitu Kelab Fotografi. Ha.. pasal kelab ni nanti akan diceritakan semasa episod seterusnya. Kamera yang digunakan baik di kelas KO-Q dan Kelab Fotografi (KFUTM) ialah Nikon FM2, Nikon F90X dan Nikon FM10.

Kesimpulannya, kenapa Photografi ialah disebabkan minat. Oleh sebab minat, maka muncul idea untuk buat bisnes. Banyak bisnes yang berkaitan fotografi yang boleh dibuat. Apa pun, ketahui rahsianya pada episod seterusnya.

Bingkisan kali ini.



Gambar ini diambil oleh Saudara Mat Jat (asnizar) sewaktu pengambaran video klip arahan beliau di utan kandis, arau, perlis bagi tujuan pembangunan projek audio video. Dari kiri diah, faiza, azni, annis, anip, ap dan roy azlan.



Ermm... ni model yang tak disengajakan. Gambar diambil oleh saya sendiri semasa membuat sesi photography di tugu negara. Kebanyakan gambar yang diambil semasa sesi ini adalah sebahagian daripada ujikaji untuk mendapatkan kualiti gambar yang boleh dikomersialkan.



Ni program "jogging" oleh MT dan Exco KFUTM. Jaga badan, badan sihat otak cergas.



Program Photoday ini kali pertama diadakan untuk tujuan perkenalan antara ahli baru dengan KFUTM. Majlis sebelah pagi - petang adalah riadah dan malam jamuan makan.



Satu lagi aktiviti menyihatkan badan iaitu ekplorasi MT dan Exco ke Ulu Bendul.

Info KFUTMKL boleh didapati di
  • http://utm.hafizal.net/kfutmkl/v1
  • http://utm.hafizal.net/kfutmkl/v2
  • http://www.kfutmkl.cjb.net

Tiada ulasan: