Isnin, 5 November 2007

PHOTOGRAPHY - WHAT



What? Apa? Banyak persoalan ketika membicarakan mengenai apa? Apa yang penting, apa yang perlu, apa perlu buat, apa tindakan, apa sebab, apa macam bro, apa-apa aje... dan lain-lain lagi.

Tapi persoalan mengenai apa yang yang dikongsi adalah lebih kepada apa faedah yang diperolehi daripada kegiatan fotografi. Banyak yang boleh diperolehi daripada kegiatan fotografi ini. Antaranya seperti berikut

  • kemahiran tambahan
  • ruang perniagaan (group foto, majlis kahwin dan tunang dan macam-macam lagi)
  • berfikiran kreatif
  • berkenalan dengan ramai orang (meningkatkan interpersonal skill)
  • mempelajari seni fotografi
  • boleh berkecimpung dengan dunia media, percetakan, pengiklanan dan banyak lagi bidang yang sangat luas
  • meningkatkan motivasi dan keupayaan diri
  • dan macam-macam lagi pengalaman yang boleh didapati
Hasil daripada apa yang kita perolehi ini menjadi satu pengalaman yang berharga yang akan menjadi batu loncatan untuk kita terus maju. Yang penting apa tujuan (niat) kita menceburi bidang fotografi.

Akhir sekali, marilah kita jayakan "Satu Keluarga, Satu Kamera".


Bingkisan pada kali ini


Ini merupakan mercu tanda yang ada di UTM City Campus yang terletak di Kuala Lumpur. Gambar ini diambil oleh saya menggunakan kamera Canon 300D. Gambar ini banyak digunakan dalam menghasilkan banner, buku program dan poster untuk program-program yang terdapat di UTM.


Gambar ini diambil menggukan Self Timer (Nikon F55 - Bro. Fairul punya - http://fairul.fotopages.com) di Perth, Australia.


Gambar ini diambil sewaktu sesi praktikal Kelas Bimbingan Kamera SLR 2005 di Taman Botani, Putrajaya. Model-model ini juga merupakan peserta kelas bimbingan.


Ini merupakan model yang tak dibayar atas sebab urusan kelab. Hahah.. marah Saudara Adi. Sebenarnya pengambaran ini dilakukan di Tugu Negara untuk tujuan mengkormesialkan produk minuman tongkat adi. Huhuuu

Tiada ulasan: